Saturday, June 23, 2018

Stories of Mine...-Hamidah-

Nama saya Hamidah:)

Assalamualaikum semua pembaca blog yang disayangi...So ni la empunya diri salah seorang penulis untuk blog ni. Nama diberi hamidah binti kholis dan saya berumur 23 tahun..Selamat berkenalan..

Untuk entri kali ni lebih kepada pengenalan diri saya je mana tau kut-kut ada yang berkenan ke? Boleh la masuk meminang.hahaha..Gurau je..

Saya dilahirkan di Kampung Gong Tengah, Pengkalan Chepa, kelantan pada 13 November 1995. Saya ada 8 orang adik beradik dan saya ni anak yang keempat. Yang first tu kakak saya kembar dan sekarang mereka berdua dah bekerja. Lepas tu abang saya dah kerja jugak. Di bawah saya ada empat orang adik lagi umur 20 tahun, lepas tu adik perempuan saya umur 18 tahun dan tengah belajar kat INTEC, Shah Alam, and dua orang lagi lelaki umur 16 dengan 10 tahun dan masih bersekolah lagi.. Mak dan ayah saya alhamdulillah masih ada lagi dan sihat. Jadi ni lah ahli family saya.

Sekarang ni saya belajar di University College Bestari, Setiu dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dan Kepujian dalam tahun 2. Tak sangka dah dua tahun belajar kat sini and alhamdulillah best sangat belajar kat sini sebab lecturer semua berdedikasi untuk mengajar and the most important thing saya ada kawan-kawan yang sangat memahami saya...Itulah anugerah yang terindah dalam hidup saya. Serius!!! Apa lagi eh nak citer ni??

Okay seterusnya meh saya citer tentang masa first saya masuk UCB ni.Sebenarnya sebelum ni saya tak kenal lagi UCB. Saya dapat tahu pun melalui jiran kat rumah saya. Dia lah yang memperkenalkan saya dengan UCB lepas tu saya terus apply and saya dapat offer masuk kat sini. Alkisahnya saya ni dulu amik asasi kat Pusat Asasi UIA lepas tu tak sambung kat kampus utama Gombak atas alasan tertentu.. So dalam dilema saya nak pilih untuk sambung degree ni saya terus pilih UCB instead ada dapat tawaran kat kolej swasta dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. And alhamdulillah pelajaran saya kat sini pun makin baik. Kos kaunseling di UCB ni amik masa 4 tahun dan ada 8 semester termasuk internship dengan praktikum. Untuk tahu tentang kos kaunseling di UCB ni mungkin saya akan letak dalam post yang lain nanti...Insyaallah.

Saya rasa setakat ni dulu la coretan tentang diri saya. Panjang pulak tulis ni takut nanti ada yang bosan pulak nak baca...Ok Assalamualaikum..

Nah belanja sikit gambar lain penulis..

sorry la saya susah nak bergambar sorang...

No comments:

Post a Comment

Vlog

guys ! ini ada satu video tentang mitos dalam kauseling. Ramai yang mempunyai tanggapan yang salah tentang kaunseling..so korang bol...