PSTTT !!GUYSS !! haii..hihi..maaf terlebih over pulek..harini admin akan kongsikan tentang kaunseling..nak tahu tak??admin agak sedih laa sebab ramai yang beranggapan kaunseling ni adalah untuk orang bermasalah saja..sebenarnya tak..orang takada masalah pun datang taw..admin pernah bersama dengan klien yang mereka datang sekadar berkongsi pengalaman je..xsemestinya berkaitan dengan masalah sahaja..tetapi kalau ada masalah tu sangat dialu-alukan untuk berkongsi..namun jangan bimbang kerana dilindungi aktar kerahsiaan..so kalau yang guys bercerita semuanya dalam pengetahuan kaunselor anda dan anda sendiri..
Perkataan "kaunseling" semakin signifikan dalam masyarakat hari ini. Hal ini bererti perkhidmatan kaunseling semakin penting dan diperlukan oleh orang ramai. Proses khidmat kaunseling yang istimewa di mana klien sendiri yang menyelesaikan masalah dan membuat keputusan untuk dirinya sendiri.
Profesion kaunseling secara umumnya merangkumi bidang-bidang seperti pendidikan, pekerjaan, perkahwinan, penyesuaian dan sebagainya. Ia melibatkan pembangunan manusia dalam kehidupan harian. Maka, perhidmatan kaunseling menjadi semakin penting dalam dunia yang semakin bersaing, maju dan global walaupun ia masih berada tahap perkembangan dan pengukuhan.


No comments:
Post a Comment