guys ! ini ada satu video tentang mitos dalam kauseling. Ramai yang mempunyai tanggapan yang salah tentang kaunseling..so korang bolehlah tengok video nii untuk perbaiki yang mana korang bersalah anggap tentang dunia kaunseling ni..so.. semoga bermanfaat..enjoy !
Saturday, June 23, 2018
KAUNSELING DAN MANUSIA
PSTTT !!GUYSS !! haii..hihi..maaf terlebih over pulek..harini admin akan kongsikan tentang kaunseling..nak tahu tak??admin agak sedih laa sebab ramai yang beranggapan kaunseling ni adalah untuk orang bermasalah saja..sebenarnya tak..orang takada masalah pun datang taw..admin pernah bersama dengan klien yang mereka datang sekadar berkongsi pengalaman je..xsemestinya berkaitan dengan masalah sahaja..tetapi kalau ada masalah tu sangat dialu-alukan untuk berkongsi..namun jangan bimbang kerana dilindungi aktar kerahsiaan..so kalau yang guys bercerita semuanya dalam pengetahuan kaunselor anda dan anda sendiri..
Perkataan "kaunseling" semakin signifikan dalam masyarakat hari ini. Hal ini bererti perkhidmatan kaunseling semakin penting dan diperlukan oleh orang ramai. Proses khidmat kaunseling yang istimewa di mana klien sendiri yang menyelesaikan masalah dan membuat keputusan untuk dirinya sendiri.
Profesion kaunseling secara umumnya merangkumi bidang-bidang seperti pendidikan, pekerjaan, perkahwinan, penyesuaian dan sebagainya. Ia melibatkan pembangunan manusia dalam kehidupan harian. Maka, perhidmatan kaunseling menjadi semakin penting dalam dunia yang semakin bersaing, maju dan global walaupun ia masih berada tahap perkembangan dan pengukuhan.
ILMU PSIKOLOGI
Assalamualaikum and haiii semua๐
Untuk entri kali ni kami nak share tentang psikologi sebab kami kan student kaunseling so psikologi ni adalah ibu kepada kaunseling. Harap dapat membantu pembaca untuk lebih tahu tentang psikologi ni.Agak-agak lah kan dalam kalangan pembaca ni tahu tak apa itu psikologi? Kami dulu pun nak jadi ahli psikologi tapi masa tu tau psikologi je tak tau pun apae dia psikologi yang sebenarnya. Jadi bila dah belajar ni baru la tau apa itu psikologi.
Asasnya macam ni la psikologi ni berasal daripada perkataan Latin iaitu 'Psyche' dan 'Logos' di mana psyche ialah jiwa dan logos pulak bermaksud ilmu atau ilmu pengetahuan. Umumnya psikologi boleh kita fahami sebagai ilmu tentang jiwa.
Psikologi ini adalah sebahagian cabang ilmu psikologi yang memfokuskan kepada pemahaman terhadap tingkah laku manusia dalam konteks sosial. Asas utama kelahiran displin adalah berdasarkan kepada hakikat manusia sebagai haiwan sosial yang dikelilingi oleh orang lain sepanjang hidupnya. Kebanyakkan daripada apa yang kita buat dan fikirkan adalah mempengaruhi oleh orang lain dan persekitaran sosial di mana kita berada.
Melalui pembelajaran dalam bidang ini kita mampu memahami dan menerangkan dengan lebih jelas tentang kefungsian minda individu, misalnya apakah yang difikirkan oleh individu terhadap orang lain di sekitarnya dan apa yang mempengaruhi seseorang itu untuk bertingkah laku. Dengan itu, kita bukan sahaja dapat memahami tingkah laku individu, malah dapat memahami jiwa masyarakat.
Best taw dalam dunia psikologi ni..so kalau ada yang berminat bolehla apply kos ni..fun memang fun tapi jiwa harus kental sikit la yer..hihi..sampai disini sahajalah coretan mengenai psikologi..ada masa admin akan update dari masa ke semasa❤
Stories of Mine...-Hamidah-
Nama saya Hamidah:)
Assalamualaikum semua pembaca blog yang disayangi...So ni la empunya diri salah seorang penulis untuk blog ni. Nama diberi hamidah binti kholis dan saya berumur 23 tahun..Selamat berkenalan..
Untuk entri kali ni lebih kepada pengenalan diri saya je mana tau kut-kut ada yang berkenan ke? Boleh la masuk meminang.hahaha..Gurau je..
Saya dilahirkan di Kampung Gong Tengah, Pengkalan Chepa, kelantan pada 13 November 1995. Saya ada 8 orang adik beradik dan saya ni anak yang keempat. Yang first tu kakak saya kembar dan sekarang mereka berdua dah bekerja. Lepas tu abang saya dah kerja jugak. Di bawah saya ada empat orang adik lagi umur 20 tahun, lepas tu adik perempuan saya umur 18 tahun dan tengah belajar kat INTEC, Shah Alam, and dua orang lagi lelaki umur 16 dengan 10 tahun dan masih bersekolah lagi.. Mak dan ayah saya alhamdulillah masih ada lagi dan sihat. Jadi ni lah ahli family saya.
Sekarang ni saya belajar di University College Bestari, Setiu dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dan Kepujian dalam tahun 2. Tak sangka dah dua tahun belajar kat sini and alhamdulillah best sangat belajar kat sini sebab lecturer semua berdedikasi untuk mengajar and the most important thing saya ada kawan-kawan yang sangat memahami saya...Itulah anugerah yang terindah dalam hidup saya. Serius!!! Apa lagi eh nak citer ni??
Okay seterusnya meh saya citer tentang masa first saya masuk UCB ni.Sebenarnya sebelum ni saya tak kenal lagi UCB. Saya dapat tahu pun melalui jiran kat rumah saya. Dia lah yang memperkenalkan saya dengan UCB lepas tu saya terus apply and saya dapat offer masuk kat sini. Alkisahnya saya ni dulu amik asasi kat Pusat Asasi UIA lepas tu tak sambung kat kampus utama Gombak atas alasan tertentu.. So dalam dilema saya nak pilih untuk sambung degree ni saya terus pilih UCB instead ada dapat tawaran kat kolej swasta dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. And alhamdulillah pelajaran saya kat sini pun makin baik. Kos kaunseling di UCB ni amik masa 4 tahun dan ada 8 semester termasuk internship dengan praktikum. Untuk tahu tentang kos kaunseling di UCB ni mungkin saya akan letak dalam post yang lain nanti...Insyaallah.
Saya rasa setakat ni dulu la coretan tentang diri saya. Panjang pulak tulis ni takut nanti ada yang bosan pulak nak baca...Ok Assalamualaikum..
Nah belanja sikit gambar lain penulis..
sorry la saya susah nak bergambar sorang...
STORY ISMIE :)
hi guys !! nama saya ismie hajar binti mohd iskandar.. so ullos boleh panggil saya hajar. Disini saya akan menceritakan sedikit tentang hajar. Hajar berasal daripada kerteh, kemaman, terengganu..kala ullos biasa shoping di Mesra Mall ullos akan lalu depan rumah hajar, sangat dekat. Hihihi. Hajar merupakan anak tunggal and sudah pasti hajar tiada adik beradikkann. Huhu. selain itu juga hajar masih bujang terangtantang gituwww haha. Hajar dibesarkan dalam keluarga yang.. nak cakap senang tu taklah sangat..nak kata susah tu..memang tak jugak..sebab mostly apa yang hajar nak tu pasti dapat. Allahamdulillah ๐๐๐
Hajar nak kongsi minat dan kesukaan hajar. Hajar sangat minat bergambar taw..macam ala-ala model gituw..YES ! sangat minat. kalau ullos nak tengok gambar-gambar hajar posing boleh tengok (instagram dan facebook - ismie hajar).
Second minat hajar adalah hajar suka membaca something yang dapat kuatkan semangat hajar tak kira lah dalam soal agama ke, motivasi dalaman ke atau percintaan. Hiks :) perkataan yang boleh jadi hajar WOW !! ha?bila hajar nak kawin?haha..inn shaa allah.. doakan yang baik-baik untuk hajar ye..okay lah hajar nak stop dulu..nak bagi laluan dekat hamidah pulak bercerita pasal dirinya ..sampai ketemu lagi gais..love u
Mukadimah Blog
Assalamualaikum dan selamat datang ke blog kami. Okay buat pengetahuan korang blog ni bukan blog seorang individu je tapi blog ni ada dua orang kawan baik. bestfriend giteww๐ iaitu Ismie Hajar dan Hamidah. Kami adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dan Kepujian daripada University College Bestari. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk www.ucbestari.edu.my
Basically kitaorang buat blog ni sebab ni salah satu assignment yang kami kena buat untuk subjek kami. Kalau tanya kami ni minat berblog ke tak pasti la tapi mungkin kalau best kami boleh teruskan lagi...Insyaallah.Sebelum pergi lebih jauh why not kami perkenalkan diri kami dulu sebab tak kenal maka tak cinta kannnn....
Selain itu, blog ni jugak kami nak sajikan dengan ilmu pengetahuan yang kami ada yang mungkin boleh menambah maklumat tambahan kepada para pembaca blog ni.. Diharap apa yang kami kongsikan ni sekiranya ada maklumat yang salah ke pembaca boleh perbetulkan kami...Almaklumlah kami ni masih belajar jadi kalau salah tolong tunjukkan...Hehe:)
So sekian sahaja post pengenalan kat sini...Insyaallah next blog akan bersambung...
Subscribe to:
Comments (Atom)
Vlog
guys ! ini ada satu video tentang mitos dalam kauseling. Ramai yang mempunyai tanggapan yang salah tentang kaunseling..so korang bol...
-
hi guys !! nama saya ismie hajar binti mohd iskandar.. so ullos boleh panggil saya hajar. Disini saya akan menceritakan sedikit t...
-
Nama saya Hamidah:) Assalamualaikum semua pembaca blog yang disayangi...So ni la empunya diri salah seorang penulis untuk blog ni. Na...
-
Assalamualaikum dan selamat datang ke blog kami. Okay buat pengetahuan korang blog ni bukan blog seorang individu je tapi blog ni...







