Saturday, June 23, 2018

ILMU PSIKOLOGI







Assalamualaikum and haiii semua😄

Untuk entri kali ni kami nak share tentang psikologi sebab kami kan student kaunseling so psikologi ni adalah ibu kepada kaunseling. Harap dapat membantu pembaca untuk lebih tahu tentang psikologi ni.Agak-agak lah kan dalam kalangan pembaca ni tahu tak apa itu psikologi? Kami dulu pun nak jadi ahli psikologi tapi masa tu tau psikologi je tak tau pun apae dia psikologi yang sebenarnya. Jadi bila dah belajar ni baru la tau apa itu psikologi.

Asasnya macam ni la psikologi ni  berasal daripada perkataan Latin iaitu 'Psyche'  dan 'Logos' di mana psyche ialah jiwa dan logos pulak bermaksud ilmu atau ilmu pengetahuan. Umumnya psikologi boleh kita fahami sebagai ilmu tentang jiwa.

Psikologi ini adalah sebahagian cabang ilmu psikologi yang memfokuskan kepada pemahaman terhadap tingkah laku manusia dalam konteks sosial. Asas utama kelahiran displin adalah berdasarkan kepada hakikat manusia sebagai haiwan sosial yang dikelilingi oleh orang lain sepanjang hidupnya. Kebanyakkan daripada apa yang kita buat dan fikirkan adalah mempengaruhi oleh orang lain dan persekitaran sosial di mana kita berada. 

Melalui pembelajaran dalam bidang ini kita mampu memahami dan menerangkan dengan lebih jelas tentang kefungsian minda individu, misalnya apakah yang difikirkan oleh individu terhadap orang lain di sekitarnya dan apa yang mempengaruhi seseorang itu untuk bertingkah laku. Dengan itu, kita bukan sahaja dapat memahami tingkah laku individu, malah dapat memahami jiwa masyarakat.

Best taw dalam dunia psikologi ni..so kalau ada yang berminat bolehla apply kos ni..fun memang fun tapi jiwa harus kental sikit la yer..hihi..sampai disini sahajalah coretan mengenai psikologi..ada masa admin akan update dari masa ke semasa❤

No comments:

Post a Comment

Vlog

guys ! ini ada satu video tentang mitos dalam kauseling. Ramai yang mempunyai tanggapan yang salah tentang kaunseling..so korang bol...